Followers

Devotees Upcoming Events

July 2010
21: Recording 'Selawat at Ada Studio
30: Selamat Pagi Malaysia TV 1, 8.30-9.30am.
31: Motivasi at Temerloh
31: Show at Sekolah Al Amin Gombak

August 2010
01: Show SuaRasa TV9 at Ayer Keroh
03: Show Aikol Fest at UIA Gombak
06 : Appearance at Final Akademi Al Quran 4, PICC Putrajaya
07: Show at Laman Santai, Istana Budaya
08 : Show Convocation at UKM Bangi
11 : Show Iftar at Hotel Singgahsana, PJ
20: Show Iftar @Kajang
21: Recording 'Rindu Kedamaian'
29: Devotees at Iftar Nasyid Fm @UKM Bangi

September 2010
10 : 'Eid Mubarak
19 : Show at Bangi Golf Resort

October 2010
01 : Show at Kolej Univ. Insaniah (KUIN) Kedah
02 : Judge for nasyid competition at UiTM Penang
03 : Show walimah at Lubuk Cina, Melaka
03 : Concert at UiTM Penang
09 : Show at Univ. Sains Islam Malaysia (USIM) Nilai
13 : Show at UTM Skudai

Saturday, September 11, 2010

Sunday, August 1, 2010

01/08/2010 : Devotees di Karnival SuaRasa TV9

Assalamu'alaikum

Alhamdulillah.. pada hujung minggu lepas mmg tempoh waktu yang sangat padat bagi Devotees kerana sejak hari sabtu tenghari kami telah memulakan perjalanan ke SMA Chenor, Temerloh utk sesi motivasi selama 2 jam. Motivasi dan hiburan yang ditampilkan di hadapan kira2 150 orang pelajar berakhir kira2 jam 5.00ptg.

Usai sahaja program di SMA Chenor kami terus menuju pulang ke KL utk persembahan di Main Audi UIA sempena Malam Kesenian murid2 Sekolah Rendah Islam Al Amin Gombak. Selain kami turut sama memeriahkan majlis ialah kumpulan Raihan. Majlis yang dihadiri oleh ibubapa (mencecah lebih 1000 orang) yang penuh gilang gemilang itu terpksa kami tinggalkan setelah selesai mengadakan persembahan kerana akan terus bertolak ke Melaka.

Check in Hotel Permaisuri kira2 jam 3.00pagi dan kami harus berada di booth Halaqah TV9 di Karnival SuaRasa pada jam 8.00pg. Awal pagi keadaan agak sunyi kerana kebanyakan warga Melaka masih mood hujung minggu, iaitu berehat di rumah. Kami memulakan sesi kami kira-kira jam 9.30 pagi dengn mengalu2kan kedatangan pengunjung2 karnival ke booth Halaqah. Selain it kami juga mempersembahkan lagu2 dan mengadakan kuiz untuk dijawab oleh para pengunjung. Selain kami turut sama berada di booth Halaqah ialah Ustaz Ahmad Nor Sulaiman, pengacara Jejak Rasul dan Halaqah, dan para finaliz Akademi Al Quran musim ke-4 iaitu saudara Tirmizi Ali, Yahya Ali, dan Husni.

Sessi kami berakhir kira2 jam 1 tghari dan seterusnya kami berangkat pulang ke hotel utk berehat sebentar sebelum menuju pulang ke KL.

Thursday, July 29, 2010

30/07/2010 : Devotees di Selamat Pagi Malaysia TV 1

Assalamu'alaikum,

Alhamdulillah pagi tadi Devotees baru selesai memenuhi undangan sebagai artis jemputan di rancangan Selamat Pagi Malaysia RTM 1 yang ditayangkan secara langsung.

Kehadiran Devotees ke Wisma TV Angakasapuri kira-kira jam 8am yang hanya bertiga tanpa Muhammad (kerana ada mesyuarat kerja) telah membawakan lagu Hijrah Menuju Allah pada awal slot sekitar jam 8.20am dan sekali lagi di akhir rancangan dengan lagu Lament sekitar jam 9.20am.

Selamat Pagi Malaysia merupakan rancangan bual bicara yang berlangsung selama 2 jam yang ditayangkan di RTM 1.

Friday, July 23, 2010

Rakaman lagu 'Selawat' di Ada Studio

Assalamu'alaikum warahmatullah,

Alhamdulillah, pada 21hb Julai 2010 yang lepas kami telah memulakan sesi rakaman utk lagu ciptaan Halim Devotees iaitu sebuah lagu selawat. Lagu rancak yang berdurasi 3 minit lebih ini dirakamkan bermula pada jam 9.00mlm dan berakhir pada pukul 11.30mlm. Rakaman diadakan di studio milik Along Exists iaitu Ada Studio yang terletak di Sri Damansara.